Klinik Al Fateh | Klinik Keluarga & Wanita di Changlun, Kedah
Klinik Pilihan Changlun

Kesihatan Keluarga
Keutamaan Kami.

Klinik perubatan mesra keluarga di Taman Changlun. Dibantu oleh Doktor bertauliah bersedia merawat penjagaan ibu & anak, sakit lutut sendi, masalah berat badan dan perubatan am harian.

Hubungi 04-924 6960
Klinik Al Fateh Changlun

Selesa & Privasi

Pasukan Doktor
Berpengalaman

Terima Panel

PMCARE, MICARE, UUM

Sedia Menerima Pesakit Dari Panel Kesihatan Terpilih

PMCARE MICARE EMAS UUM UITM

Buka Setiap Hari

9 Pagi hingga 11 Malam
Termasuk Cuti Umum

Harga Berpatutan

Telus & tiada caj tersembunyi
untuk pesakit

Doktor Berpengalaman

Pasukan bertauliah
dalam perubatan am

Mesra Keluarga

Utamakan keselesaan pesakit
dari bayi hingga warga emas

Pilihan Pesakit Changlun

Rawatan Utama Klinik Al Fateh

Kami memfokuskan rawatan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi, diuruskan sepenuhnya oleh barisan perubatan berpengalaman.

Ibu Mengandung

Penjagaan Ibu & Baby (Buku Pink & Scan)

Selesai berurusan dengan selesa. Kami menyediakan perkhidmatan membuka Buku Pink, pemeriksaan kehamilan, ujian darah, perancangan keluarga / kesuburan, dan imbasan Baby Scan (2D & 5D).

Suntikan Lutut

Suntikan Sakit Lutut & Saraf

Kerap sakit lutut hingga mengganggu solat dan rutin harian? Dapatkan penilaian punca sakit saraf, rawatan keradangan, serta rawatan pemulihan (suntikan dan ubat sapu) yang selamat bagi membantu anda kembali bergerak aktif.

Pengurusan Kesihatan

Rawatan Kurus (Obesiti)

Bantu turunkan berat badan secara sihat dan tersusun. Dapatkan khidmat nasihat, penilaian indeks kesihatan dan ubat (suntikan ubat kurus) yang diluluskan secara klinikal dengan pemantauan doktor untuk hasil yang sihat.

  • Penilaian Indeks Kesihatan & Obesiti
  • Pengesyoran Ubat Anti-Obesiti Bersesuaian
  • Pemantauan Berat Secara Berkala

Perkhidmatan Menyeluruh

Selain rawatan utama, Klinik Al Fateh komited menyelesaikan simptom harian dan prosedur klinikal pesakit luar.

Klinik Al Fateh Changlun

Hidung, Tekak & Telinga

Rawatan untuk telinga tersumbat, lelah dan resdung.

  • Cuci Telinga & Ubat Telinga
  • Nebulizer & Sedut Kahak
Klinik Al Fateh Changlun

Penjagaan Luka Bersih

Pembersihan (dressing) untuk kecederaan ringan dan kronik.

  • Luka Kencing Manis / Bedsore
  • Luka Kemalangan (Accident)
Klinik Al Fateh Changlun

Minor Surgery & Sunat

Prosedur pembedahan kecil dan khatan secara selamat.

  • Buang Kuku Cengkam / Ketulan
  • Sunat Kanak-Kanak / Dewasa / Bayi Perempuan
Klinik Al Fateh Changlun

Saringan & Perubatan Am

Dari rawatan demam, sakit tuan hingga pemantauan penyakit berpanjangan.

  • Diabetes, Darah Tinggi, Kolesterol
  • Ujian Darah, Vaksin & Pemeriksaan Haji
Peneraju Kesihatan Anda

Kenali Pasukan Al Fateh

Kami mementingkan komunikasi yang jelas. Kami sedia menerangkan kondisi perubatan anda dengan telus, empati dan profesional.

Dr A'tirah

Dr. A'tirah Binti Ismail

Doktor Residen (MMC: 90923)

MBBS (MSU)

Graduan daripada Management & Science University. Menamatkan latihan siswazah di Hospital Pulau Pinang. Berpengalaman luas lebih 8 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pulang Pinang sebelum menyertai Klinik Al Fateh.

Pasukan Perubatan Terlatih

Klinik Al Fateh Changlun turut dibantu oleh barisan staf jururawat terlatih dan pasukan perubatan bertugas (locum) yang mahir bagi memastikan perkhidmatan terbaik dan lancar setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

Apa Kata Pesakit Kami?

Lebih 139+ ulasan dengan rating 4.7 Bintang. Kepuasan pesakit adalah keutamaan terbesar kami.

"Alhamdulillah, doktor sangat mesra dan terangkan satu-satu masa scan baby. Rasa selesa sangat berurusan di sini."

- Puan Aisyah

"Bawa mak datang cucuk lutut. Alhamdulillah tak tunggu lama, doktor pun profesional. Sekarang mak dah boleh jalan pelan-pelan."

- En. Hafizul

"Staf mesra, tempat sangat bersih macam private hospital. Terima panel syarikat saya. Recommended sangat."

- Khairul Anwar

LIVE GOOGLE REVIEWS

[trustindex no-registration=google]

Fasiliti & Suasana Klinik

Menitikberatkan ruang yang bersih, moden dan menenangkan.

Info Sihat Al Fateh

Perkongsian dan kesedaran perubatan untuk rujukan pesakit kami.

Klinik Al Fateh Changlun
Ibu Mengandung

Minggu Ke Berapa Sesuai Buat Scan 5D Baby?

Ramai ibu teruja nak tengok muka baby. Scan 5D memberikan rupa wajah bayi yang realistik. Ketahui waktu paling ideal untuk melakukannya supaya muka janin tidak dilindungi uri.

Baca Artikel Penuh
Klinik Al Fateh Changlun
Metabolik

Suntikan Kurus: Adakah Ia Berkesan?

Ketahui bagaimana fungsi ubat anti-obesiti dapat membantu pengurusan berat badan yang selamat.

Baca Lanjut
Klinik Al Fateh Changlun
Minor Surgery

Kuku Cengkam Berdarah: Bila Nak Buang?

Jangan biarkan ibu jari kaki bernanah. Ini info ringkas mengenai prosedur membuang kuku cengkam.

Baca Lanjut
Klinik Al Fateh Changlun
Telinga

Bahaya Korek Telinga Guna Putik Kapas

Ia hanya menolak tahi telinga masuk lebih dalam. Rawatan cuci telinga (ear wash) lebih selamat.

Baca Lanjut
Klinik Al Fateh Changlun
Sakit Lutut

Kenapa Lutut Berbunyi 'Klik'?

Tanda awal sendi lutut haus. Jangan ambil mudah sebelum ia melarat ke tahap radang teruk.

Baca Lanjut

Lihat Semua Artikel

Terokai pelbagai info kesihatan

Balikkan Kad

Ke Laman Blog Utama

klinikalfateh.com/blog

Info Komuniti Talian

Ikuti Aktiviti Klinik Secara Langsung

Kami sering berkongsi info tentang penjagaan ibu & anak, masalah sakit sendi, penjagaan luka, dan tips rawatan harian. Pastikan anda follow laman sosial rasmi kami supaya tak terlepas sebarang kemaskini promosi!

Promosi Terkini

Pakej Promosi Istimewa

Jangan lepaskan tawaran eksklusif kami. Pilih rawatan anda di bawah untuk melihat poster dan tebus harga promosi sebelum slot penuh.

Promo Baby Scan

Baby Scan

Imbasan wajah dan pergerakan bayi dengan jelas dan selamat.

Promo Buku Pink

Buku Pink

Pemeriksaan antenatal lengkap untuk memantau kesihatan ibu hamil.

Promo Sakit Lutut

Sakit Lutut

Rawatan pemulihan sendi dan lutut yang pantas & berkesan.

Promo Sakit Saraf

Sakit Saraf

Pemeriksaan dan rawatan saraf secara klinikal.

Promo Kurus

Pakej Kurus

Pengurusan berat badan secara sihat bersama doktor bertauliah.

Pencerahan Segera

Soalan Lazim Pelanggan (FAQ)

Kami faham anda perlukan info yang pantas. Berikut adalah jawapan kepada 10 persoalan utama pesakit di Klinik Al Fateh.

1. Waktu operasi klinik dan adakah buka malam/cuti umum?

Ya. Klinik Al Fateh beroperasi Setiap Hari (termasuk cuti umum) bermula jam 9:00 Pagi hingga 11:00 Malam.

2. Adakah doktor wanita sedia merawat?

Ya, kami mempunyai Doktor Perempuan (Dr. A'tirah) yang sangat berpengalaman bagi memastikan keselesaan dan privasi maksimum terutamanya untuk ibu mengandung dan pesakit wanita.

3. Berapa harga Pakej Ibu Mengandung / Scan?

Pakej pemeriksaan kehamilan kami bermula dengan harga yang berpatutan (termasuk khidmat pemeriksaan antenatal/buku pink, ujian darah dan imbasan scan ultrasound oleh doktor). Sila hubungi talian kami untuk harga promosi terkini.

4. Perbezaan scan 2D dan 5D? Week berapa yang sesuai?

Scan 2D (hitam putih) kebiasaannya digunakan untuk memantau struktur janin. Scan 5D pula memberi visual ton warna kulit yang lebih realistik. Waktu ideal untuk scan 5D adalah antara 24 hingga 32 minggu kehamilan.

5. Ada kemudahan rawatan suntikan sakit lutut & sendi?

Tentu sekali. Kami menyediakan rawatan sokongan seperti suntikan intra-artikular untuk memulihkan keradangan lutut dan sendi bagi membantu anda bebas bergerak dengan selesa.

6. Adakah suntikan kurus (anti-obesiti) di sini selamat?

Rawatan yang diberikan menggunakan ubatan kelulusan medikal yang selamat. Harga dan jenis penyelenggaraan ubat berbeza mengikut saranan serta dos yang ditetapkan oleh doktor demi keselamatan badan anda.

7. Berapa anggaran charge rawatan cuci telinga (Ear Wash)?

Prosedur cuci telinga di klinik kami sangat berpatutan. Namun, sebarang ubat tambahan seperti antibiotik hanya akan dikenakan sekiranya telinga anda disahkan mengalami jangkitan bernanah oleh doktor.

8. Boleh ke buat rawatan dressing untuk luka kencing manis?

Sudah tentu. Kami pakar dalam pembersihan (dressing) menyeluruh untuk pelbagai jenis luka, terutamanya luka kronik seperti kencing manis dan bedsore supaya tidak melarat.

9. Apa jenis pembedahan kecil (Minor Surgery) yang dibuat?

Antaranya membuang kuku cengkam, pembuangan ketulan atau sista kecil, khatan kanak-kanak/dewasa, dan sunat bayi perempuan. Prosedur dibuat dengan cermat dan selesa.

10. Klinik menerima pesakit dari panel perubatan syarikat?

Ya, kami sedia menerima dan mengalu-alukan pesakit yang menggunakan kad/akaun panel utama seperti: PMCARE, MICARE, EMAS, UUM, dan UITM.

Ada Soalan Lain?

Kami sedia menjawab sebarang kemusykilan dan membantu merancang sesi rawatan anda dengan selesa.

Hubungi Kami

Kami Sedia Membantu & Merawat Anda.

Langkah pertama menuju kesembuhan bermula di sini. Klinik Al Fateh beroperasi di Taman Changlun bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan perubatan yang telus dan empati.

  • Waktu Operasi

    Isnin - Ahad : 9:00 Pagi - 11:00 Malam
    (Termasuk Cuti Umum)

  • Lokasi Klinik

    No.15, Tingkat Bawah & Atas, Taman Changlun,
    06010 Changlun, Kedah

Kongsikan Masalah Anda

Tinggalkan butiran dan sistem akan menghubungkan anda terus ke staf WhatsApp kami secara sulit.

© Klinik Al Fateh Changlun. Hak Cipta Terpelihara.

Hubungi Klinik